Sunday, January 31, 2010

Musim Demam

sudah sebulan tahun baru 2010 ditempuhi, dan sebulan jugalah kami setia bekerja saban hari. alhamdulillah, hari-hari yang kami lalui adalah indah dan ceria, kerana februari nanti menjanjikan kelapangan dan rekreasi bagi kami.
minggu ini, perkara paling signifikan ialah adik eimran melalui toilet training. alhamdulillah , dia cepat belajar..2 hari training, dia dah pandai control, sungguh xsangka. berbanding perkembangan dia yang masih belum dapat bertutur.hmm, lambat bercakap tidak bermakna perkembangan mental dia perlahan. memang dia masih belum fasih bertutur, tapi suka bercakap. bercakap dangan bahasa dia sendiri. balik kepda toilet training, memang dia cepat belajar. banding dengan si abang dulu, agak lama..seminggu lebih. jenuh juga nak mengelap lantai di bukit payong dulu. pengajaran, potensi setiap orang adalah berbeza..mungkin dia kekurangan disuatu aspek, tetapi mempunyai kelebihan lain.
berbanding si abang pula, sekarang ni sibuk nak speaking pula. mana dia belajar, pengaruh tv mungkin. tapi betul pandai juga, are u ok?, time adik dia jatuh. memang kelebihan dia disitu. dia pandai dan petah berkata-kata, dan bermulut manis kata mama. sampai abah beli pisang goreng pun dia puji. cuma minat dia harus diasah lagi, dan perlu dirujuk kepada guru yang betul. mama dan abah sekadar memupuk minat.
apa yang menyenangkan, melihat keakraban 2 beradik bersama. abang adalah idola adik. apa abang buat adik ikut.apa yang abang makan, itulah yang adik mahu. sungguh gembira adik memakai sut sekolah seperti abang, dan masuk bilik darjah, dan melambai bye2. ibarat dia yang nak bersekolah. mama kena hantar anak-anak sendiri kalau ingin tengok betapa terujanya adik di sekolah.
minggu ini juga keluar keputusan tarikh konvokesyen untuk cik ti dan to wan. apa la OUM ni, sampai berapa kali konvokesyen dia nak buat. keputusannya, konvo pada hari berlainan, 1 bulan 3, dan 1 bulan 6, agak kurang logik..dan itu bermakna double dari segi perbelanjaan tiket, penginapan. nasib baik course dia dah xde dah. dah la jadual tak fixed, suka2 dia je ubah last minute.
kebetulan pula sekarang ni musim demam selsema. semua org dah xsihat. adik eimran je yg paling cria skrg.apa-apa pun, alhamdulillah, masih diberi kekuatan ,dan berupaya turun ke klinik.abang juga masih bersemangat ingin ke sekolah walau batuk dan selsema. cuma, pagi tadi merintih memint air, kering tekak mungkin, dan pagi ni panas badan dia. xk esekolah hari ni, walau masih bersemangat. kesian..

No comments:

Post a Comment