Friday, January 22, 2010

Pencetus Keazaman

dah 23hb rupa2nya hari ini, maknanya aku terlewat sikit. takde la, cuma target aku, nak menambah celoteh aku setiap sepuluh hari.
rutin, yang dilalui sama sahaja, bekerja tanpa mengira waktu, disamping melayan kerenah anak2, dan melihat perkembangan mereka. perubahan baru untuk minggu ini, ialah isteri setuju untuk solat subuh di masjid. cukup gembira rsnya. walaupun baru sekali berpeluang, ia mcm memberi semangat dan motivasi baru untuk kami. aku cukup gembira. sekurang2nya, aku boleh terjaga lebih awal untuk off jam loceng.. masalahnya tarikan tangan isteri cukup kuat untuk aku kembali berselimut. untuk harihari seterusnya, terus berazam untuk bangun awal dan solat subuh di masjid.
anak2, cukup memahami kerjaya kami suami isteri. dan sgt minat membantu aku membuat pizza. sebab ibu mereka sgt sukakan pizza. untuk minggu ni, tiada satu pizza yang aku buat menjadi, dan roti base yg dibakar dibuang begitu sahaja, membazir.. 1 sebab, mungkin teknik aku belum cukup sempurna. sebab lain, memang aku xsempat nak buat. lagipun, bila malam, kami semua dah kekenyangan, xterasa nak makan lagi.yang menjadi mangsa, isi2 topping piza yang siap dihiris rupa2nya diratah senyap2 oleh 2 beradik.nantilah, abah buat lagi sama2, takpun, kita makan di restoren piza hujung minggu nanti.
tak disangka, hadiah harijadi yg aku minta sampai minggu ni. nintendo wii..yayyy!!!!
thank you sayang, i love u..
kira bagus jugak spec game ni, walaupun beli second hand, tapi accesories dia lebih, ada 2 remote, dan siap byk cd games. apa yang lain wii berbanding game lain, ia boleh membantu aku menjalani senaman di dalam rumah. sedar tak sedar, sudah setahun aku xbuat senaman. betul xboleh dibiarkan. dgn nintendo wii ini, aku haru cari masa terluang, untuk buat senaman, lagi bermakna dapat bersenam dgn isteri. " abang, kalau nak main games, kena disiplin. masa belajar kena belajar, pergi sekolah, dah habis belajar baru boleh main games, tapi kena abah yang bukak". " nah, adik ambik remote control ni(keypad playstation 1, yg dah x diguna)'. alhamdulillah, anak2 aku cukup baik dan berdisiplin. walaupun eager ingin bermain video games, tapi x akan pasang sendiri tanpa kebenaran.
sekali main wii, dah rasa sakit2 bahu.sebabnya, mula2 main besball lawan abang, lepas tu, main tenis lawan mama. haha.. hari ke2 main baru rasa ok sikit, peluh2 juga badan..
azam sekarang, nak bangun awal, solat subuh dimasjid, dan mula awal exercise sebelum urus anak2, dan bersiap untuk kerja.mesti boleh punya!!!
cuma sekarang pakai tv murahan, cuma boleh support gmbar hitam putih sahaja.
nak kena beli tv besar, baru best, second hand pun takpe..
cuma pagi ni mood berkurangan sikit, walaupun sudah exercise.. isteri sedih pula. sedih bila memikirkan ada org berkata dia yg menjadi punca aku kurang balik bercuti ke kelantan. tidak, tidak sama sekali.. komitmen kerja punca sebenar aku terpaksa kerja setiap hari. cuti yg ada harus aku bahagi dengan bijak dan sama rata, untuk keluarga kelantan, keluarga sabah, dan keluarga aku sendiri. sesungguhnya, aku tetap di sini, adalah hasil pengorbanan isteri untuk bersama disamping aku. abang benarbenar manghargai pengorbanan sayang..tiada yang berat sebelah, infact sama..2kali balik sabah, 2 kali balik kelantan. bukan aku budget sgt kos untuk balik kampung, cuma cuti cukup2. tinggal 4 hari balance, untuk sebarang emergency sepanjang tahun lagi. bukan aku sayang duit nak cuti lebih, bayar lokum..aku minta, tapi xdibenarkan.. hmmm, untuk berapa tahun ye??
untuk syg, sesungguhnya kita buat apa yang termampu.maaf, abang tak boleh menutup mulut orang2 di belakang kita.. semoga kita dilimpahi pahala..
lagikan orang selalu menyindir pun diberi ujian, anak kena culik konon..
inikan pula cakap2 belakang, bukan mendoakan keburukan, cuma diberi pengajaran..
demi kita sekeluarga, menjadi motivasi, Pencetus Keazaman..

No comments:

Post a Comment