Sunday, January 10, 2010

Perancangan Cuti 2010


pejam celik,pejam celik, dah 10 hari tahun baru 2010 dilalui. kehidupan rutin dijalankan. minggu ini, beberapa keputusan penting dibuat, akibat perubahan rancangan cuti untuk tahun 2010 terpaksa diubah. huhh, buat rugi je beli tiket 0 ringgit, hilang mood 2-3 hari, nak kena beli tiket baru.

at last, dapat satu keputusan yang boleh memuaskan hati ramai pihak, walaupun tahu, aku dan isteri terpaksa menanggung dijiwa. untuk cuti kali ini, kami bersetuju untuk meminjamkan anak-anak kepada tuk dan nenek mereka, jauh di sabah. jarang sekali anak ditinggalkan berjauhan, dulu pun tinggal kalau ma atau abah ada course, itu pun untuk 2-3 hari sahaja. tambahan pulak, 2009, tak pernah anak2 dipisah berjauhan, 365 hari setahun anak bersama kami.

kali ni adalah pengalaman baru untuk aku dan isteri, dan juga anak2. biarlah dia bebas, ingin bermanja dgn tok ayah, dan tok wan, jarang2 saja dapat peluang. hakikatnya memang putera2 itu manja, dan ingin perhatian dari kami, tapi sekadar ingin memberi peluang orang lain yang sudi turut rindu untuk mencurahkan kasih sayang kepada mereka.

abang sudah meningkat besar, sentiasa menyebut2 keluarga besarnya. aku yakin dia dapat menyesuaikan diri. adik pula, sedang meneroka dunia, suka terikut-ikut oleh abang.walau agak lasak, dan mungkin kasar tapi jarang ditinggalkan, seperti yg pernah abangnya lalui. menyesuaikan si adik mungkin lebih mencabar. tapi aku syukur..hubungan mereka sangat akrab, ikatan mereka sangat kuat. abang boleh menjadi tempat bergantung untuk adik.. abah dan mama yakin, putera2 abah dirantau akan laluinya penuh warna warni.

semoga pertukaran suasana selama sebulan memberi nafas dan semangat baru orang sekeliling.

No comments:

Post a Comment