Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010

Salam,
Tahun Baru 2010 telah bermula.
bermula semalam, aku bangun dengan semanagat baru, dan motivasi baru, untuk terus membina keluarga aku tercinta.
Untuk isteri tersayang, engkaulah punca inspirasi hidup ini.
Apa yang berlalu sepanjang tahun yang sudah, penuh dengan dugaan. penuh keresahan, perasaan bercampur baur. berhenti dari perkhidmatan kerjaan, dan menceburi bidang swasta rupanya rumit. harapan ingin mencari ketenangan, melarikan diri dari kerenah birokrasi, double standard, dan teman seperjuangan yang curi tulang.
Memasuki bidang perkhidmatan swasta, rupa-rupanya aku terjebak dalam permainan emosi yang tiada tandingan. dugaan ini dgt berat dihadapi, aku amat bersimpati dgn isteriku. dalam kelemahan emosi, dia masih setia berada dibelakangku. sungguh bersalah rasanya menjerumuskan dia dalam perang saraf berpanjangan ini. kesabaran aku tercabar, hati aku turut terluka, parah.. hampir2 aku berhijrah sekali lagi, mungkin ke Sabah, membawa diri.
Bekerja setiaphari, dgn cuti 15/365 tidak menjadi masalah.digagahi juga olehku. setia disisi membanting tulang, dialah isteriku. dan yg sabar menanti jam 10 mlm, 2 putera kecil.
Yang tak ternilai apabila aku terjaga, orang yang paling aku sayangi dan hargai, teman hidupku setia berada di sebelahku. dan melihat permata2 hati bergelimpangan tidur, sungguh comel..
Sabarlah sayang, usaha keras kita sesungguhnya berhasil.. masih byk lagi ruang dan peluang untuk kita capai dimasa hadapan..
Bermula tahun baru ini, segala alhamdulillah dapat dibersihkan, dan insylah berkekalan.
cuti pun dah jadi 21/365..yayy!!! :)
Semoga sinar kembali mambawa keceriaan..kestabilan semakin hampir dapat kugenggam.. demi zuriatku, menggunung kusandarkan harapan..

1 comment:

  1. terharu...
    hidup ini memerlukan pengorbanan..
    penuh ujian yg tak diduga..
    moga..kita diberi kesabaran
    buat kekasihku....terima kasih kerana memahami diri yg lemah ini

    ReplyDelete